Peranan & Fungsi
Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.
Ciri-Ciri/Bentuk
> Berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.
> Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.
>Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu, jenaka, ejekan, gurauan atau sindiran yang tajam.
> Sebuah seloka mempunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap.
Jenis-Jenis Seloka
Seloka dijeniskan berdasarkan bentuk iaitu seloka berbentuk bebas dan seloka berbentuk terikat.
Contoh Seloka
Bentuk Bebas
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk
Bentuk Terikat
Buah pinang buah belimbing,
Ketiga dengan si buah mangga;
Sungguh senang berbini sumbing,
Walau marah ketawa juga.
No comments:
Post a Comment