Friday, 22 June 2012

-Syair-

Peranan/Fungsi

Syair-syair yang dilagukan pada masa lalu memainkan peranan yang penting dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional. Khalayak secara langsung dipaparkan dengan nilai-nilai keagamaan, nasihat, pengajaran, kasih-sayang, berbudi bahasa, tolong-menolong dan sebagainya. Secara ringkasnya fungsi-fungsi syair ialah sebagai sumber ilmu pengetahuan,sebagai sumber hiburan,sebagai sumber mengisi masa lapang,sebagai sumber dakwah/penyebaran agama Islam,sebagai sumber nasihat/pengajaran/memberi kesedaran/keinsafan,sebagai sumber sejarah dan budaya,sebagai media komunikasi dalam masyarakat.

Ciri/Bentuk

a. Merupakan puisi terikat. 
 >Rangkap : jumlah baris serangkap tetap iaitu 4 baris. Setiap baris dalam rangkap merupakan idea atau maksud atau isi cerita syair itu.  Ini bermakna syair tidak mempunyai pembayang seperti pantun.  Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambungan dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut 
> Perkataan :  bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4-5 perkataan sebaris 
> Sukukata :  Bilangan sukukata sebaris juga tetap iaitu antara 8-12 sukukata dalam sebaris 
 >Rima:  Rima  akhir dalam serangkap juga tetap iaitu a/a/a/a 

Jenis

             Terdapat 6 jenis syair dalam kesusasteraan melayu,iaitu 

Syair Keagamaan
Syair Kiasan
Syair Panji
Syair Romantis
Syair Saduran
Syair Sejarah

Contoh

Seri Negeri gelaran diberi
Sebuah pulau cantik berseri
Bernaung dibawah sebuah negeri
Raja berdaulat Paduka Seri

Lautnya biru pantainya indah
Makam Mahsuri lagenda sejarah
Puteri Melayu tak mudah menyerah
Tujuh keturunan dimakan sumpah

Pulau lagenda dimakan sumpah
Tujuh keturunan tamatlah sudah
Kini makmur melimpah ruah
Semua penghuni tersenyum megah

Hasil Ciptaan



-Seloka-

Peranan & Fungsi

Fungsi seloka amat terbatas. Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masyarakat yang melahirkannya iaitu masyarakat yang amat mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu sasaran. Puisi seloka tidak digunakan secara meluas sebagaimana peribahasa atau teromba. Fungsinya amat bergantung kepada isinya iaitu untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial atau protes sosial.

Ciri-Ciri/Bentuk

> Berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud karangan berangkap yang melarat.

> Tidak tetap bilangan baris dan iramanya.

>Isinya lebih kepada mesej-mesej lucu, jenaka, ejekan, gurauan atau sindiran yang tajam.

> Sebuah seloka mempunyai kesatuan isi atau idea yang lengkap.

Jenis-Jenis Seloka

Seloka dijeniskan berdasarkan bentuk iaitu seloka berbentuk bebas dan seloka berbentuk terikat.

Contoh Seloka

Bentuk Bebas

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk

Bentuk Terikat

Buah pinang buah belimbing,

Ketiga dengan si buah mangga;

Sungguh senang berbini sumbing,

Walau marah ketawa juga.

Friday, 1 June 2012

-Pantun-

Peranan & Fungsi

 Pantun merupakan satu corak komunikasi berseni yang digunakan di tempat yang tertentu, dalam upacara yang tertentu atau untuk menyampaikan sesuatu dalam maksud termasuk kiasan atau sindiran.Ia berfungsi sebagai satu cara untuk mendidik,untuk meluahkan rasa kasih sayang dan rindu,untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih,untuk adat istiadat,untuk sindiran dan tempelak,untuk menguji minda dan akhir sekali untuk hiburan.


 Ciri-Ciri/Bentuk


> Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya. 
> Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud. 
> Bagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang,
manakala baris tiga dan empat adalah maksud.
> Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan
baris kedua adalah maksud.


Jenis Pantun

Terdapat beberapa jenis pantun.Contohnya  pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun


Contoh


     Limau manis condong ke paya,
Boleh buat sampiran baju
,Mulut manis kepada saya,
Hati Kasih Pada Yang Lain

Hasil Ciptaan


   Dulu Tak Pandai
Sekarang Dah Pandai
Kalau Dah Pandai
Jangan Memandai-Mandai